enjelai | rumput yg sederhana tinggi, berbulu, tumbuh liar atau ditanam utk buahnya yg boleh dimakan, dijadikan makanan ternakan, hiasan, dan berkhasiat ubatan serta dijadikan bahan asas kosmetik | Kamus Dewan Perdana |
endif | tumbuhan jenis herba yg ditanam utk dijadikan sayur atau salad | Kamus Dewan Perdana |
emeri | batuan korundum berwarna hitam kekelabuan, keras dan kasar biasanya dijadikan serbuk, yg digunakan utk mencanai, menggilap, melicinkan dsb sst | Kamus Dewan Perdana |
embalau | pokok renek yg berbulu halus, berbunga merah, berbuah halus berwarna ungu kehitaman, dan daun serta buahnya yg pahit boleh dijadikan ubat cirit-birit. Daunnya juga boleh dibuat ubat pupuk utk penyakit kulit spt kurap dan bisul | Kamus Dewan Perdana |
empenai | pokok rendah yg berduri, berbunga kecil berwarna putih, berbuah bulat kecil berwarna hijau kekuningan apb masak dan mengandungi minyak pati yg boleh dijadikan ubat utk melegakan penyakit reumatisme. Pokok ini biasanya terdapat di pantai yg berbatu dan juga berpasir | Kamus Dewan Perdana |
enau | palma tunggal yg tumbuh sehingga kira-kira 30 m, berbuah agak kecil, bergugus dan berjuntai, menghasilkan nira dan sagu, seratnya dibuat tali dan biji buahnya dijadikan halwa. Tumbuhan ini hidup liar tetapi ada juga yg ditanam sbg hiasan | Kamus Dewan Perdana |
empangan | binaan pengawal aliran air yg dibuat drp konkrit, tanah dsb merentangi kawasan aliran air, spt sungai dan laut dr dasar hingga ke permukaan, biasanya dijadikan sbg kawasan tadahan air, sumber pengairan tanah pertanian dan sumber tenaga hidroelektrik | Kamus Dewan Perdana |
ekor pedang | ikan air tawar drp genus Xiphophorus, bersaiz kecil dan berwarna merah atau kuning, yg jantannya mempunyai ekor berbentuk spt pedang pd bahagian bawahnya, dan sering dijadikan ikan hiasan | Kamus Dewan Perdana |
elm | pokok jenis daun luruh drp genus Ulmus yg daunnya bergerigi, buahnya halus bersayap, hidup liar di hutan, ada spesies yg ditanam sbg hiasan landskap serta bonsai, dan kayunya yg keras dijadikan bot serta perabot | Kamus Dewan Perdana |
empelas | pokok renek yg kadang-kadang memanjat, daunnya bergerigi dan permukaan bawahnya berbulu, bunganya kecil, berwarna putih dan berjambak, hidup liar di kawasan terbuka di tepi hutan dan tepi pantai, daunnya yg kesat boleh melicinkan permukaan kayu, dan batangnya dijadikan tali | Kamus Dewan Perdana |