elektron volt | unit utk mengukur tenaga. Satu elektron volt bersamaan dgn tenaga yg diperlukan utk menggerakkan satu elektron melalui beza keupayaan satu volt. Satu elektron volt bersamaan 1.602 × 10⁻¹⁹ joule. Simbol: eV | Kamus Dewan Perdana |
elektron | zarah asas yg wujud bebas atau sbg juzuk atom, dan bercas negatif | Kamus Dewan Perdana |
elektropositif | (bkn unsur) cenderung membebaskan elektron utk menjadi ion positif | Kamus Dewan Perdana |
elektronegatif | (bkn unsur) cenderung memperoleh atau menarik elektron utk menjadi ion negatif atau membentuk ikatan berkutub | Kamus Dewan Perdana |