elektronik | (bkn alat spt radio, televisyen dan komputer) berkaitan dgn atau dikendalikan dgn komponen spt mikrocip dan transistor yg mengawal arus elektrik | Kamus Dewan Perdana |
e-mel | electronic mail (mel elektronik). E-mel ialah maklumat, mesej dsb yg dihantar secara elektronik dlm sst rangkaian dgn menggunakan perisian aplikasi mel | Kamus Dewan Perdana |
EFT | Electronic Funds Transfer (Pindahan Dana Elektronik). EFT ialah pindahan wang atau dana oleh bank dr satu akaun ke akaun lain secara elektronik melalui kemudahan komputer dan sistem telekomunikasi | Kamus Dewan Perdana |
e- | elektronik. Singkatan e- digunakan bersama-sama dgn kata lain yg berkaitan dgn kandungan dlm bentuk digital, atau sistem yg dilaksanakan secara dalam talian | Kamus Dewan Perdana |
EDP | Electronic Data Processing (Pemprosesan Data Elektronik). EDP ialah pemprosesan dan penyimpanan data menggunakan sistem komputer | Kamus Dewan Perdana |
e-rokok | rokok elektronik | Kamus Dewan Perdana |
e-tunai | transaksi kewangan elektronik yg dilakukan dlm alam maya melalui rangkaian komputer | Kamus Dewan Perdana |
e-kad | kad ucapan dlm bentuk elektronik yg dikirim melalui e-mel atau dicapai dr tapak jaringan tertentu | Kamus Dewan Perdana |
elektrofon | alat muzik yg bunyinya dihasilkan secara elektronik atau menggunakan tenaga elektrik | Kamus Dewan Perdana |
e-tuntutan | sistem penyemakan tuntutan bayaran perkhidmatan, bekalan dsb melalui elektronik | Kamus Dewan Perdana |