Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.pu/] | امڤوق

Definisi : 1. (bkn makanan spt ubi rebus dll) lembut dan senang dikunyah; 2. gebu, tidak keras dan tidak lisut: isteri mudanya terbaring di tilam ~; mukanya lebar dan kelihatan ~ sahaja oleh gemuknya; 3. (bkn kain) sudah nipis dan mudah koyak, reput; 4. (bkn suara) sedap bunyinya, merdu; batu pun ~, jangankan hati manusia prb hati manusia yg keras dapat dilembutkan dgn perkataan yg manis dan lemah lembut; mengempukkan menjadikan empuk (melembutkan dll); keempukan keadaan empuk, kegebuan: aku membaringkan diri di atas katil dan merasakan ~ tilamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu/] | امڤوق

Definisi : Pr; mengempuk memukul (dgn sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.pu/] | امڤوق

Definisi : 1 lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empuk

Peribahasa

Direbus tak empuk.

Bermaksud :

Sangat sukar dikalahkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
empukhempukKamus Dewan Perdana
empuk(bkn makanan, spt ubi atau daging) tidak liat dan mudah dikunyahKamus Dewan Perdana
seempukpaling empukKamus Dewan Perdana
mengempukmenjadi empukKamus Dewan Perdana
keempukanhal atau keadaan empukKamus Dewan Perdana
mengempukkanmenjadikan (sst) empukKamus Dewan Perdana
empallauk yg dibuat drp daging lembu, kerbau atau kambing yg direbus sehingga empuk bersama-sama gula merah, kemudian dipotong-potong agak nipis dan digoreng sehingga garingKamus Dewan Perdana
engkah-engkahan(bkn kentang, ubi kayu dsb yg direbus) belum cukup empukKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas