Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[eng.gan] | اڠݢن

Definisi : tidak mahu, tidak suka: jika spt itu perbuatan Seri Betara dan Pateh Gajah Mada akan Laksamana, ~lah aku pergi ke Majapahit itu; ia ~ berjalan dgn Ramli; ~ jikalau sl kecuali (melainkan, jika tidak); ~ seribu daya, mahu sepatah kata prb jika tidak mahu (suka) selalunya banyaklah jawabnya, tetapi kalau mahu atau suka itu hanya sedikit sahaja jawabnya; enggan-enggan hendak tidak hendak, mahu tidak mahu; mengenggankan tidak membenarkan, tidak meluluskan, menolak akan, tidak suka (setuju) akan: rasa tidak ada jaminan ~ mereka melanjutkan pekerjaan itu; keengganan ketidaksudian, ketidakmahuan: ~nya utk ikut serta dlm pertemuan itu menimbulkan tanda tanya; mereka ~ utk menghantarkan anak-anak perempuan jauh dr kampung mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[eng.gan] | اڠݢن

Definisi : tidak mahu; tidak sudi; tidak suka: Pd ketika itu, Raja Parsi ~ menerima seruan Nabi Muhammad SAW. mengenggankan menolak sesuatu kerana tidak suka; tidak setuju dgn. keengganan hal tidak menyetujui atau tidak menyukai; ketidaksudian: Dia hairan memikirkan ~ orang itu menerima pemberiannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enggan

Peribahasa

Angguk enggan,
     geleng mahu,
unjuk tidak diberikan.

Bermaksud :

Lain di mulut, lain di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Angguk bukan, geleng ia).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
enggan-engganmahu tidak mahu, atau hendak tidak hendakKamus Dewan Perdana
enggantidak mahu atau tidak ingin melakukan sstKamus Dewan Perdana
keenggananhal atau keadaan engganKamus Dewan Perdana
mengenggankanmenyebabkan (sso) enggan melakukan sstKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas