Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.téng] | اينتيڠ

Definisi : (énténg) ringan, mudah; mengentengkan meringankan, memudahkan; mengenteng-entengkan menganggap mudah (ringan): G. Eton ~ bidang ini; entengan sesuatu yg dianggap ringan atau mudah: hasil sastera itu ~ sahaja, sulitnya tidak seberapa; keentengan keringanan, kemudahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.téng] | اينتيڠ

Definisi : /énténg/ 1 tidak berat timbangannya; ringan. 2 tidak mustahak atau tidak penting; ringan; mudah. mengentengkan menganggap enteng; meringankan; memudahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enteng


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
enteng(bkn kerja, hal dsb) mudah dilakukan, diselesaikan dsb tanpa menghadapi sebarang masalahKamus Dewan Perdana
keentengankeadaan atau sifat entengKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas