es | air yg dibekukan dan menjadi pepejal pd suhu 0°C | Kamus Dewan Perdana |
es | servis yg kencang atau mengelirukan sehingga tidak dapat dibalas oleh pemain lawan dlm tenis | Kamus Dewan Perdana |
Es | einsteinium | Kamus Dewan Perdana |
estrus | tempoh subur dan berlakunya aktiviti seks bagi kebanyakan haiwan mamalia betina, yg berulang dlm sst musim membiak | Kamus Dewan Perdana |
estrogen | hormon seks yg dirembeskan oleh ovari dan plasenta yg merangsang perubahan pd organ pembiakan betina dan perkembangan ciri-ciri seks sekunder pd mamalia betina. Hormon ini yg tiruan digunakan dlm pil pencegah hamil, rawatan menopaus dan gangguan haid | Kamus Dewan Perdana |
estriol | hormon seks yg lemah, yg dihasilkan oleh ovari dan mempunyai kepekatan yg tinggi dlm air kencing wanita hamil | Kamus Dewan Perdana |
Estonia | negara republik di timur Eropah, berhampiran Teluk Finland dan Laut Baltik, bertanah rendah dan mempunyai banyak paya, tasik dan hutan. Negara ini merdeka drp Soviet Union pd tahun 1991 | Kamus Dewan Perdana |
estetisisme | fahaman bahawa prinsip estetik mendasari semua penilaian yg dibuat oleh manusia | Kamus Dewan Perdana |
estetika | keindahan yg terdapat dlm sst hasil seni spt lukisan, sajak atau filem | Kamus Dewan Perdana |
estetik | berkaitan dgn keindahan terutamanya dlm karya seni spt lukisan, sajak atau filem | Kamus Dewan Perdana |