enggang | burung besar drp famili Bucerotidae yg berparuh besar dan berjambul atau bercula mengikut jenisnya, biasanya terdapat di kawasan pergunungan, bertelur di dlm lubang pokok dan memakan buah-buahan, serangga dan binatang-binatang kecil spt anak burung atau tikus | Kamus Dewan Perdana |
Ebola | penyakit bawaan virus drp famili Filoviridae yg berpunca drp haiwan keluarga monyet, yg menjangkiti manusia melalui bendalir atau organ tubuh yg tercemar, ditandai oleh demam panas serta perdarahan dalaman yg teruk sehingga boleh menyebabkan kematian. Nama penyakit ini diambil sempena nama sungai di Zaire yg pertama kali dikesan kes tsb pd tahun 1976 | Kamus Dewan Perdana |