Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.jah] | ݢاجه

Definisi : 1. sj mamalia dlm famili Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai belalai dan gading); ~ Asia = ~ India, Elephas maximus; ~ Afrika, Loxodonta afrikana; ilmu (hikmat, mantera) ~ mantera yg menjadikan gajah jinak; 2. buah catur yg jalannya menyerong; 3. sesuatu yg besar; badak ~ badak yg besar; nyamuk ~ nyamuk yg besar; ~ bara gajah hitam; ~ barat permainan utk kanak-kanak; ~ guling perhiasan sanggul dgn dua untai bunga melati; ~ lalang gajah yg sudah jinak (tidak liar); ~ laut sj anjing laut, Mirounga spp.; ~ menung a) binatang yg besar (terutamanya dlm cerita); b) sj usungan berbentuk ikan laut utk pengantin; ~ menyusu atap tambahan atau yg disambung pd rumah, sengkuap; ~ mina a) walrus; b) sj perhiasan (makara); ~ patah permainan teka-teki; ~ tunggal gajah yg tidak bersama­-sama kawannya (sangat liar); spt ~ putih sesuatu yg mahal tetapi tidak berguna: kebanyakan perbadanan awam adalah spt ~ putih di bumi Afrika; ~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi ke­hidupan orang kaya; ~ dialahkan oleh pelanduk prb orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah; ~ dipandang spt kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya; ~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan; ~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi; ~ mati kerana gadingnya prb seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya; ~ mati meninggalkan tulang prb jasa baik seseorang yg mati dikenang juga; ~ mati tulang setimbun prb orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya; ~ seekor gembala dua prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang memimpin satu pekerjaan; ~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah; ~ turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar); bangkai ~ bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh ~ lalu prb kejadian yg besar tidak dapat disembunyikan; spt ~ masuk kampung prb seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya; spt ~ putih ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya; spt ~ rompong belalai prb raja yg kehilangan kuasanya; gajah-gajahan 1. = main ~ main catur; 2. = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut; bergajah menaiki gajah: bala tentera ~;menggajah tampak spt gajah, kelihatan besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.jah] | ݢاجه

Definisi : gajah 1 binatang besar berkaki empat serta mempunyai belalai dan banyak juga yg bergading, Elephas maximus. 2 nama buah catur yg jalannya sentiasa menyerong. 3 ki sebutan utk sesuatu yg besar: nyamuk ~ nyamuk yg besar. ~ bara gajah yg berkulit hitam. ~ lalang gajah yg jinak. ~ laut binatang laut yg besar (terdapat di kawasan Artik) yg mempunyai sepasang taring panjang, Odobenus spp.. ~ menyusu binaan yg disambung terus pd bahagian tepi rumah. ~ mina ikan paus. ~ tunggal gajah yg terpisah dr kawan-kawannya. gajah-gajahan 1 = main ~ main catur. 2 = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi besar; untut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gajah

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Gajah berjuang sama gajah,
     pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).

 

Lihat selanjutnya...(77)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekor gajahanggerik harimau (tumbuhan)Kamus Dewan Perdana
mengerik(bkn binatang spt gajah dan kuda) mengeluarkan bunyi kuat yg nyaringKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas