Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gem.bi.ra] | ݢمبيرا

Definisi : 1. = bergembira sangat suka, sangat girang, besar hati: “Saya suka, saya ~,” katanya; 2. = naik ~ = bergembira bangga dan berani, marah: mendengar penghinaan itu, panglima itu pun naik ~, mukanya merah menyala; 3. = kegembiraan; menggembirakan 1. menimbulkan perasaan gembira, membawa kegembiraan: kenangannya melayang kpd hari Natal yg ~ itu; sampaikan berita yg ~ kpd orang yg beriman; 2. memberanikan, menggiatkan; kegembiraan keadaan gembira, kesukaan, kegirangan, kebanggaan, keberanian: dia menceritakan kejayaannya kpd adik-adiknya dgn ~; tidak ada kata-kata yg hendak dilahirkan bagi menyatakan ~ hatinya; mereka dlm ~ menerima kurniaan dan kenikmatan Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gem.bi.ra] | ݢمبيرا

Definisi : sangat suka; besar hati; bangga: Dia sungguh ~ kerana anaknya akan pulang tidak lama lagi. bergembira berasa gembira; berasa sangat suka: Mereka ~ kerana telah lulus ujian itu. menggembirakan menimbulkan perasaan gembira; menyebabkan gembira: Perkara yg sangat ~ aku ialah aku dpt bertemu semula dgn saudara-saudaraku. kegembiraan hal atau keadaan gembira; rasa gembira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gembira

Peribahasa

Bagai si mandul mendapat anak.

Bermaksud :

Gembira kerana mendapat barang kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai perempuan bunting bertemu idamannya).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
euforiaperasaan gembira atau seronok yg keterlaluanKamus Dewan Perdana
emosiperasaan jiwa yg kuat spt gembira, sedih atau marahKamus Dewan Perdana
ekstasisejenis dadah berbahaya berbentuk pil yg bertindak sbg perangsang utk menimbulkan rasa gembira dan bertenaga luar biasa, dan boleh menyebabkan ketagihan sehingga merosakkan sistem saraf pusatKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas