| endotoksin | toksin tahan haba yg terdapat pd dinding sel bakteria, terutamanya bakteria usus dan bakteria gram-negatif lain, yg terbebas keluar apb bakteria tsb musnah | Kamus Dewan Perdana |
| etuna | gas tidak berwarna dlm kumpulan alkuna yg mengeluarkan haba yg banyak dan cahaya yg terang apb dibakar, digunakan sbg bahan api dlm lampu karbida dan dlm kerja pengimpalan. Etuna ialah kata teknikal bagi asetilena. Formula: C₂H₂ | Kamus Dewan Perdana |
| endoterma | (bkn proses atau tindak balas kimia) yg menyerap haba | Kamus Dewan Perdana |
| eksoterma | (bkn proses atau tindak balas kimia) berlaku dgn pembebasan haba | Kamus Dewan Perdana |
| enjin | mesin yg terdiri drp bahagian yg bergerak, yg dapat menukarkan tenaga spt tenaga haba atau tenaga elektrik kpd daya atau gerakan | Kamus Dewan Perdana |
| elektrik | tenaga yg diperoleh drp tindakan kimia atau benda bergeser yg dapat menghasilkan haba, cahaya, gerakan dsb utk digunakan pd mesin, lampu, televisyen dsb | Kamus Dewan Perdana |
| entropi | ciri termodinamik sst sistem yg mengukur ketaktertiban atom, ion atau molekul sst sistem, iaitu ketiadaan haba dlm sst sistem utk diubah kpd kerja mekanikal. Simbol: S | Kamus Dewan Perdana |