Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hai.wan] | حيوان

Definisi : 1. makhluk (manusia dan binatang) yg bernyawa; 2. binatang; doktor ~ doktor yg kepakarannya mengubati binatang, doktor veterinar; ilmu ~ penge­tahuan tentang penyakit binatang dsb dan cara mengubatinya, sains veterinar; ~ khunsa haiwan yg mempunyai alat kelamin jantan dan betina; kehaiwanan 1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat kasar dan suka ber­bunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soal-soal ~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hai.wan] | حيوان

Definisi : 1 ist segala benda hidup yg dpt bergerak selain tumbuh-tumbuhan: Manusia, burung, kucing dsb ialah ~. 2 benda hidup yg dpt bergerak mencari makan selain manusia; binatang: Di bumi, terdapat cahaya matahari, udara dan air yg cukup utk manusia, ~ dan tumbuh-tumbuhan. ~ berdarah panas ist haiwan yg dpt mengekalkan suhu badan yg agak panas (36oC – 42oC atau 95oF – 107oF) tanpa dipengaruhi oleh suhu sekeliling. ~ karnivor, = ~ maging haiwan yg memakan daging, iaitu daging merupakan makanan utama. ~ pengorek haiwan spt tikus yg merosakkan sesuatu (tanaman dll) dgn cara mengo­reknya. ~ pepindah haiwan yg (sering) berpindah tempat kediaman kerana mencari makanan. ~ perosak haiwan, spt serangga, tikus, siput babi yg merosakkan atau me­­musnah­kan sesuatu (benda, tumbuh-tumbuhan dll). ~ satu perut, = ~ perut tunggal haiwan yg ruang perutnya satu. kehaiwanan sifat atau kelakuan spt haiwan; kebina­tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haiwan
Rujuk :binatang


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
epizoithaiwan atau tumbuhan yg melekap pd badan haiwan lain tetapi tidak mendapat makanan drp haiwan yg ditumpanginyaKamus Dewan Perdana
etakhaiwan moluska yg mempunyai dua cangkerang yg berbentuk separuh bulat dan bersaiz kecil, isinya boleh dimakan dan banyak terdapat di kawasan air tawar di Pantai TimurKamus Dewan Perdana
etoketak (haiwan)Kamus Dewan Perdana
endoparasithaiwan parasit yg hidup di dlm tubuh perumah, mis cacing pitaKamus Dewan Perdana
endemik(bkn tumbuhan, haiwan dsb) khusus ditemui pd satu kawasan geografi tertentuKamus Dewan Perdana
ektoparasithaiwan parasit yg hidup pd permukaan luar tubuh perumah, mis kutu kepalaKamus Dewan Perdana
eksplanbahagian tumbuhan atau haiwan, mis sel, tisu atau organ, yg dipindahkan dr tempat asalnya ke medium nutrienKamus Dewan Perdana
edentulus(bkn haiwan) kurang atau tidak mempunyai gigiKamus Dewan Perdana
ekotipkumpulan tumbuhan atau haiwan dlm sst spesies yg mampu beradaptasi dgn keadaan persekitaran yg berlainan, yg menyebabkan kumpulan tsb berbeza drp yg lain dr segi struktur dan fisiologiKamus Dewan Perdana
ekospesiesspesies tumbuhan atau haiwan yg boleh dibahagikan kpd beberapa ekotipKamus Dewan Perdana
123

Kembali ke atas