Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.yat] | حيات

Definisi : Ar ada nyawa pd badan, hidup; ilmu ~ pengetahuan tentang makhluk hidup (bina­tang dan tumbuhan), kaji hayat, biologi; selama ~ dikandung badan selagi hidup; tanda ~ cenderamata; mendapat ~nya sl mengalami sendiri; menghayati mengalami dan merasai (dlm batin), meresapkan ke dlm jiwa: matlamat akhirnya ialah utk ~ nilai-nilai akhlak; penghayatan perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dlm batin: buku-buku yg baik akan mempertinggi ~ estetik pd pem­baca; inti karya seni adalah ~ penciptanya; aspek-aspek penguasaan dan ~ bahasa Melayu Tinggi; penghayat orang yg menghayati sesuatu (cerita, peristiwa): kita sbg pembaca dan ~ harus lebih teliti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.yat] | حيات

Definisi : ; baju ~ sl sj baju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.yat] | حيات

Definisi : keadaan yg membezakan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan drpd tanah, batu dsb; kehidupan; nyawa. selama ~ dikandung badan selama masih hidup; selagi hidup. menghayati mengalami dan merasai sesuatu dlm batin: Dia sedang ~ cerita yg dibacanya itu. sehayat selama masih hidup; selagi hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hayat
Kata Terbitan : menghayati, penghayatan,

Puisi
 

Hendak berjalan jambatan panjang,
     Orang bertukang jambatan roboh;
Adik berdoa umur panjang,
     Selagi hayat kita berjodoh.


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
emeritusgelaran yg dianugerahkan oleh universiti kpd profesor yg telah bersara yg terkenal krn ketokohannya. Gelaran emeritus itu membolehkan sso menggunakan gelaran profesor sehingga akhir hayatKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas