Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hi.dup.hi.dup] | هيدوڤ٢

Definisi : 1 benar-benar hi­dup: Kalau tidak pernah melihat penyu ~, barangkali kita pernah melihat gambarnya. 2 dlm keadaan masih hidup: Pengganas itu telah membakarnya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,

Puisi
 

Orang buat tikar pandan berduri,
     Jangan buat pandan mengkuang;
Kita hidup sedarkan diri,
     Jangan hidup dibenci orang.


Lihat selanjutnya...(113)
Peribahasa

Mati di sisi yang hidup,
     hidup di sisi yang mati.

Bermaksud :

Orang jahat yang telah menghilangkan diri dianggap seperti orang yang sudah mati; orang berjasa yang meninggal dunia dianggap masih hidup juga.

 

Lihat selanjutnya...(107)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
epifittumbuhan yg hidup dgn menumpang pd tumbuhan atau objek lain spt dinding atau batu, tetapi tidak mendapat makanan drp tumbuhan atau objek tsb, mis anggerik, paku pakis dan lumutKamus Dewan Perdana
eksobiotikhidup di bahagian luar sst organismaKamus Dewan Perdana
enzimprotein yg dihasilkan oleh organisma hidup yg bertindak sbg pemangkin dlm tindak balas biokimia, dan biasanya nama setiap satu berakhir dgn –aseKamus Dewan Perdana
enterozoaorganisma yg hidup atau menjangkiti salur usus, mis cacing ususKamus Dewan Perdana
endoparasithaiwan parasit yg hidup di dlm tubuh perumah, mis cacing pitaKamus Dewan Perdana
ektoparasithaiwan parasit yg hidup pd permukaan luar tubuh perumah, mis kutu kepalaKamus Dewan Perdana
ekor kuningherba akuatik yg hidup liar di dlm kolam dsb, berdaun halus spt jarum, bunganya kecil berwarna kuning terang dan berjambakKamus Dewan Perdana
ekologikajian ttg hubungan antara organisma hidup spt manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan dgn persekitarannyaKamus Dewan Perdana
ekor landaktumbuhan jenis herba yg hidup liar di sawah padi, tepi jalan dan kawasan terbiarKamus Dewan Perdana
ekor kudapokok sederhana tinggi yg hidup liar di hutan, daunnya berbentuk spt jarum atau duri, buahnya kecil, bulat, berwarna hijau dan menghasilkan konKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas