Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.kan] | ايکن

Definisi : sj binatang berdarah sejuk yg hidup di dlm air serta bernafas melalui insang dan mempunyai sirip utk berenang. ~ air tawar (darat) ikan yg hidup dlm air tawar (spt di sungai, di paya). ~ asin (masin, kering) ikan yg dibubuhi garam dan dikeringkan. ~ basah ikan yg tidak mengalami sebarang proses (spt tidak dikeringkan, tidak dijeruk); ikan yg baru ditangkap. ~ laut ikan yg hidup di laut. ~ pelaga ikan kecil utk diperlagakan. ~ salai ikan yg dikeringkan di atas api. perikanan urusan mengenai ikan: Jabatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikan (kata nama)

Puisi
 

Banyak ikan perkara ikan,
     Ikan bilis sedap sekali;
Banyak hitam perkara hitam,
     Hitam manis pemurah hati.


Lihat selanjutnya...(210)
Peribahasa

Sebab nila setitik,
     rosak susu (= santan) sebelanga.

Bermaksud :

Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan seekor rosakkan ikan setajau, b. Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor).

 

Lihat selanjutnya...(91)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekor ikanpalma yg tumbuh sehingga kira-kira 20 m, berdaun spt ekor ikan, berbuah kecil, bergugus, berjuntai, berwarna merah apb matang, gatal dan beracun. Palma ini banyak terdapat di hutan yg pernah diteroka, dan juga ditanam sbg hiasanKamus Dewan Perdana
ekor pedangikan air tawar drp genus Xiphophorus, bersaiz kecil dan berwarna merah atau kuning, yg jantannya mempunyai ekor berbentuk spt pedang pd bahagian bawahnya, dan sering dijadikan ikan hiasanKamus Dewan Perdana
empirang kasaiikan laut bersaiz kecil, badannya berwarna perak kekuningan, terdapat ruji pertama pd sirip sisi yg panjang, tinggal di pesisir pantai dan muara sungai, dan menjadi makanan ikan lainKamus Dewan Perdana
ebekcermin (ikan)Kamus Dewan Perdana
empirangempirang kasai (ikan)Kamus Dewan Perdana
ekorbahagian paling hujung pd ikan, cacing, ular dsb, atau bahagian yg bertulang dan menganjur keluar dr tulang punggung haiwan spt lembu dan kerbau, atau bahagian berbulu pelepah yg memanjang atau menegak pd burung, ayam dsbKamus Dewan Perdana
empirang sungaiikan air tawar bersaiz kecil yg bergigi besar, yg tinggal di sungai dan tasik dan memakan krustasea dan seranggaKamus Dewan Perdana
empangtambak yg dibina di sungai, tepi laut dsb utk memelihara ikanKamus Dewan Perdana
epektiang kayu yg menjadi tempat mengikat bahagian bawah dan atas belat utk menangkap ikanKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas