Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itu

Puisi
 

Api siapa di teluk itu,
     Tempat budak membakar kurau;
Anak siapa secantik itu,
     Bolehkah kami menumpang gurau.


Lihat selanjutnya...(50)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(267)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
embat itutempat itulah sst barang itu berada atau dikatakanKamus Dewan Perdana
egalitarianismefahaman atau kepercayaan bahawa semua manusia adalah sama, dan dgn itu setiap orang mestilah mendapat hak, keistimewaan dan peluang yg samaKamus Dewan Perdana
emeritusgelaran yg dianugerahkan oleh universiti kpd profesor yg telah bersara yg terkenal krn ketokohannya. Gelaran emeritus itu membolehkan sso menggunakan gelaran profesor sehingga akhir hayatKamus Dewan Perdana
ekofakbenda-benda alam tinggalan zaman prasejarah spt tulang binatang, cangkerang atau kulit siput yg digunakan oleh manusia pd masa ituKamus Dewan Perdana
epentesispenyisipan huruf atau bunyi ke dlm kata, terutamanya kata pinjaman, tanpa perubahan maknanya supaya sesuai dgn bunyi bahasa peminjam itu, mis penyisipan huruf e dlm kata gelasKamus Dewan Perdana
entalpiciri termodinamik sst sistem yg mengukur jumlah tenaga dlm sst sistem, iaitu jumlah tenaga dalaman sistem tsb ditambah dgn hasil darab isi padu sistem itu dgn tekanan yg dikenakan terhadapnya oleh persekitaran. Simbol: HKamus Dewan Perdana
eksponennombor atau huruf yg ditulis di sebelah kanan atas sst nombor atau huruf utk menunjukkan berapa kali nombor atau huruf tsb didarabkan dgn nombor atau huruf itu sendiri, mis bagi x³, 3 ialah eksponen bagi xKamus Dewan Perdana
elipsispengguguran sebahagian kata dlm sst ungkapan atau teks yg tidak menjejaskan maksud, dan boleh diwujudkan semula berdasarkan konteks, mis bagi soalan Sudah makan? dijawab Sudah. Jawapan sudah itu elipsisKamus Dewan Perdana
eksotismegambaran objek atau kehidupan dr negara asing semata-mata utk menarik minat pembaca atau peminat sastera kpd keunikan atau keindahannya, tanpa mengambil kira sama ada gambaran itu betul-betul wujud atau sebaliknyaKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas