| enggang | burung besar drp famili Bucerotidae yg berparuh besar dan berjambul atau bercula mengikut jenisnya, biasanya terdapat di kawasan pergunungan, bertelur di dlm lubang pokok dan memakan buah-buahan, serangga dan binatang-binatang kecil spt anak burung atau tikus | Kamus Dewan Perdana |
| etiket | kepingan kecil kertas, kad, plastik dsb yg dilekatkan atau ditampalkan pd beg, botol dll utk memberikan maklumat atau keterangan spt jenisnya dan kandungannya | Kamus Dewan Perdana |
| E. coli | bakteria yg biasanya ditemui di dlm usus manusia atau haiwan, yg menjangkiti sso melalui sst yg tercemar dan sesetengah jenisnya boleh menyebabkan keracunan makanan yg teruk yg ditandai oleh cirit-birit, kejang perut dan kadangkala demam, muntah atau sakit kepala. Nama penuh bagi bakteria ini ialah Escherichia coli | Kamus Dewan Perdana |