[ju.di] | جودي
Definisi : permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main dadu, dll); ~ karan sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi); ~ tikam ekor taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor loteri lumba kuda; ~ wawei sj permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang; main ~ = berjudi; berjudi bermain dgn memakai wang dll sbg taruhan: hampir tiap-tiap malam dia pergi ke kelab itu utk ~; menjudikan, memperjudikan 1. menggunakan wang dll sbg taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm keadaan yg boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dgn memperjuangkan ciri hidup asing dr luar; ~ nyawa; perjudian 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi; penjudian hal atau perbuatan menjudikan; penjudi orang yg suka main judi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ju.di] | جودي
Definisi : permainan dgn bertaruhkan wang (main pakau, main dadu dll). berjudi bermain judi (bermain pakau dll) dgn bertaruhkan wang: Dia jatuh miskin kerana ~. menjudikan menggunakan wang dll sbg taruhan; mempertaruhkan. perjudian 1 perbuatan atau hal berjudi. 2 tempat berjudi. penjudian perbuatan atau hal menjudikan. penjudi orang yg suka berjudi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)