erbium | unsur logam berwarna putih keperakan yg lembut, boleh ditempa, dan digunakan dlm laser dan juga utk membuat aloi | Kamus Dewan Perdana |
embalau | pokok renek yg berbulu halus, berbunga merah, berbuah halus berwarna ungu kehitaman, dan daun serta buahnya yg pahit boleh dijadikan ubat cirit-birit. Daunnya juga boleh dibuat ubat pupuk utk penyakit kulit spt kurap dan bisul | Kamus Dewan Perdana |
eukaliptus | pokok sangat tinggi yg berakar jangkang, kulit batangnya berwarna-warni, ditanam sbg hiasan, dan batang serta kulitnya banyak digunakan dlm industri pembuatan kertas dan juga produk berasaskan kayu | Kamus Dewan Perdana |
ekor anjing | tumbuhan jenis kekacang yg sedikit berkayu, agak rendah, mempunyai bunga biru keunguan, berbulu dan berjambak spt ekor kucing, hidup liar dan ditanam sbg tanaman hiasan, dan juga mempunyai nilai perubatan tradisional | Kamus Dewan Perdana |
enau | palma tunggal yg tumbuh sehingga kira-kira 30 m, berbuah agak kecil, bergugus dan berjuntai, menghasilkan nira dan sagu, seratnya dibuat tali dan biji buahnya dijadikan halwa. Tumbuhan ini hidup liar tetapi ada juga yg ditanam sbg hiasan | Kamus Dewan Perdana |
ekor tupai | tumbuhan berbatang lembut yg tingginya sehingga kira-kira 1.5 m, bunganya berjambak menegak spt ekor tupai yg kebanyakannya berwarna putih berurat hijau, ditanam sbg tanaman hiasan, dan banyak juga yg tumbuh liar | Kamus Dewan Perdana |
ekor ikan | palma yg tumbuh sehingga kira-kira 20 m, berdaun spt ekor ikan, berbuah kecil, bergugus, berjuntai, berwarna merah apb matang, gatal dan beracun. Palma ini banyak terdapat di hutan yg pernah diteroka, dan juga ditanam sbg hiasan | Kamus Dewan Perdana |
empenai | pokok rendah yg berduri, berbunga kecil berwarna putih, berbuah bulat kecil berwarna hijau kekuningan apb masak dan mengandungi minyak pati yg boleh dijadikan ubat utk melegakan penyakit reumatisme. Pokok ini biasanya terdapat di pantai yg berbatu dan juga berpasir | Kamus Dewan Perdana |