[ka.ka/] | کاکق
Definisi : 1. saudara perempuan yg lebih tua; 2. saudara lelaki yg lebih tua, abang; 3. panggilan kpd orang perempuan yg lebih tua; berkakak 1. mempunyai kakak; 2. memanggil kakak, menggunakan perkataan ‘kakak’ terhadap orang perempuan yg lebih tua (sbg menghormati secara mesra): ia tidak pernah lupa ~ apabila bercakap dgn perempuan-perempuan yg lebih tua sedikit daripadanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ka.ka/] | کاکق
Definisi : ; berkakak, berkakakan, mengakak, mengakak-ngakak 1. mengeluarkan bunyi ’kak, kak’ (spt itik); 2. = terkakak-kakak tertawa kak-kak-kak, ketawa gelak-gelak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ka.ka/] | کاکق
Definisi : 1 saudara perempuan yg lebih tua: Nama ~ saya Hasnah. 2 panggilan kpd orang perempuan yg lebih tua. berkakak 1 mempunyai kakak. 2 memanggil kakak; menyebut kakak ketika bercakap: Dia tidak pernah lupa ~ apabila bercakap dgn perempuan yg lebih tua drpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)