[ke.ba.nya.kan]/[ke.ba.nya/.kan] | کباڽقن
Definisi : 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.ba.nya.kan]/[ke.ba.nya/.kan] | کباڽقن
Definisi : 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)