empenai | pokok rendah yg berduri, berbunga kecil berwarna putih, berbuah bulat kecil berwarna hijau kekuningan apb masak dan mengandungi minyak pati yg boleh dijadikan ubat utk melegakan penyakit reumatisme. Pokok ini biasanya terdapat di pantai yg berbatu dan juga berpasir | Kamus Dewan Perdana |
etiket | kepingan kecil kertas, kad, plastik dsb yg dilekatkan atau ditampalkan pd beg, botol dll utk memberikan maklumat atau keterangan spt jenisnya dan kandungannya | Kamus Dewan Perdana |
epal | pokok sederhana kecil yg banyak ditanam di kawasan beriklim sejuk utk menghasilkan buah yg boleh dimakan | Kamus Dewan Perdana |
engkuk | sejenis burung kecil yg berbunyi “kuk, kuk” | Kamus Dewan Perdana |
engkak | burung gagak kecil | Kamus Dewan Perdana |
epok | bekas berbentuk karung kecil setinggi sejengkal lebih, dibuat drp anyaman daun mengkuang dsb, berambu di bucu bawahnya dan bertali satu, utk dimuati beberapa cembul berisi sirih pinang. Bekas ini biasanya dibawa semasa pergi menjemput keluarga terdekat utk menghadiri majlis tertentu | Kamus Dewan Perdana |
eleh | digunakan utk memperkecil-kecil sso | Kamus Dewan Perdana |
erong-erong | lubang kecil tempat mengalirkan air di dlm kapal, empang dll | Kamus Dewan Perdana |
embrat | cerek besar yg ceratnya berlubang-lubang kecil utk menyiram pokok bunga, tanaman dll | Kamus Dewan Perdana |
ekor tikus | kikir yg kecil, panjang dan bulat yg digunakan utk membesarkan lubang yg berbentuk bulat dan lubang yg melengkung | Kamus Dewan Perdana |