Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sat] | کست

Definisi : 1. tidak licin, kasar (apabila diraba), kering (tidak lembap): kulitnya yg halus dan segar mulai beransur-ansur ~ dan layu, sebab sentiasa bekerja berat dlm panas; 2. ark tidak lembik (bkn tubuh), keras: tubuhnya ~; 3. yg menyakiti atau menimbulkan kemarahan, keras atau kasar (bkn kata-kata seseorang atau sesuatu perkataan): kata-kata ~ yg dikeluarkan oleh jirannya itu menghilangkan kesabarannya; ~ daun pimping, kalau ~ daun labu boleh dicelur prb orang yg miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang-orang yg bijak pandai, tetapi kalau baik kelakuannya ada juga faedahnya; ~-~ daun pimping prb perihal orang yg lazimnya lemah tetapi pd masa-masa yg tertentu berlaku keras juga; bertunggal ditarah ~ diempelas prb, Mn sudah diselesai­kan dgn sempurnanya (perselisihan atau pertelingkahan); mengesat 1. menyapu-nyapu atau meng­gosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); pengesat; ~ kaki sesuatu yg dibuat drpd sabut (getah dll) tempat mengesat kaki; ~ tangan kain (sapu tangan, kertas, dll) utk mengesat tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sat] | کست

Definisi : 1 tidak licin; kasar apabila diraba: Kulit ikan pari ~ tetapi kulit ikan sembilang licin. 2 menyakiti hati (bkn kata-kata atau ucapan); kasar (perkataan): Dia mengeluarkan kata-kata yg ~ kpd kami. mengesat menggosok atau menyapu supaya kering (bersih drpd habuk dll): Dia ~ peluh di dahinya. mengesatkan menggunakan sesuatu (kain, kertas tisu dsb) utk mengesat: Kakak ~ kain buruk pd kaki kerusi itu. pengesat sesuatu yg digunakan utk mengesat: ~ tangan; ~ kaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesat (adjektif)
1. Bersinonim dengan kasap: kasar, seregai, menggerutu, berkerut-kerut, bergerapu,

2. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kasar, keras, pedas, tajam,

Kata Terbitan : mengesat, pengesat,

Puisi
 

Kain buruk tepi perigi,
     Budak-budak kesat belanga;
Hari ni saya pergi,
     Tunggu tuan di taman bunga.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kesat daun pimping.

Bermaksud :

Lemah tetapi dapat mendatangkan bahaya. pimping = sebangsa gelagah yang batangnya tiada berongga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
empelaspokok renek yg kadang-kadang memanjat, daunnya bergerigi dan permukaan bawahnya berbulu, bunganya kecil, berwarna putih dan berjambak, hidup liar di kawasan terbuka di tepi hutan dan tepi pantai, daunnya yg kesat boleh melicinkan permukaan kayu, dan batangnya dijadikan taliKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas