Eritrea | negara yg bersempadan dgn Sudan di bahagian utara dan barat, Laut Merah di bahagian utara dan timur, manakala di selatannya terletak negara Ethiopia dan Djibouti, rupa buminya bergunung-ganang. Pantai Laut Merahnya merupakan kawasan yg paling panas dan kering di Afrika, sementara bahagian tengahnya pula mempunyai lembah yg subur utk pertanian. Negara ini merdeka drp Ethiopia pd tahun 1993 | Kamus Dewan Perdana |
empirang kasai | ikan laut bersaiz kecil, badannya berwarna perak kekuningan, terdapat ruji pertama pd sirip sisi yg panjang, tinggal di pesisir pantai dan muara sungai, dan menjadi makanan ikan lain | Kamus Dewan Perdana |
empang | tambak yg dibina di sungai, tepi laut dsb utk memelihara ikan | Kamus Dewan Perdana |
Ethiopia | negara di timur Afrika yg berhampiran Laut Merah, meliputi Lembah Great Rift, gurun, dan penara tinggi yg mempunyai banyak sungai termasuk sungai Nil Biru. Negara ini merupakan negara Afrika yg paling lama merdeka, iaitu sejak abad ke-2 SM | Kamus Dewan Perdana |
enapan | bahan yg terdapat di dasar sungai, tasik atau laut yg terdiri drp campuran tanah liat, kelodak, pasir, jirim organik dsb | Kamus Dewan Perdana |
esplanad | kawasan lapang yg rata dan panjang, biasanya di tepi laut, tempat orang bersiar-siar | Kamus Dewan Perdana |
Estonia | negara republik di timur Eropah, berhampiran Teluk Finland dan Laut Baltik, bertanah rendah dan mempunyai banyak paya, tasik dan hutan. Negara ini merdeka drp Soviet Union pd tahun 1991 | Kamus Dewan Perdana |
epilimnion | lapisan air di bahagian paling atas tasik atau laut yg biasanya mempunyai kepekatan oksigen yg tinggi | Kamus Dewan Perdana |
efluen | sisa buangan cecair dr kilang atau kumbahan, biasanya dibuang ke sungai atau laut | Kamus Dewan Perdana |
embaru | pokok rendang dan berbunga kuning, yg mudah ditemui di tepi sungai dan tepi laut, atau ditanam sbg pokok teduhan. Daunnya yg hampir bulat dibuat pembungkus kuih serta tapai, kayunya boleh digunakan utk membuat sampan dan perabot, dan kulit batangnya yg berserat boleh dijadikan tali serta kertas | Kamus Dewan Perdana |