Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.zat] | لاذت

Definisi : 1. sedap, enak: berbagai-bagai makanan yg ~ dihidangkan di majlis itu; 2. seronok; berlazat 1. berseronok, bersedap-sedap; 2. bersetubuh; suka ~ suka bersetubuh; melazatkan menjadikan sesuatu lazat, me­nyedapkan, mengenakkan: sedikit rencah dibubuh utk ~ masakan sayur goreng itu; kelazatan 1. kesedapan, keseronokan: kebahagiaan dan ~ yg sejati hanya terdapat bilamana kita mengingati Allah; 2. terlalu suka atau gemar; pelazat bahan yg melazatkan makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.zat] | لاذت

Definisi : Mn ark teruk atau berat (penyakit), lasat, payah; penyakit ~ a) penyakit yg berat (teruk); b) penyakit raja singa (sifilis dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.zat] | لاذت

Definisi : dpt memberi nikmat; sedap sekali; enak: makanan yg ~. melazatkan menambahkan perasa, bahan dsb (ke dlm makanan, minuman) supaya lazat; mengenakkan: Ani memasukkan perencah utk ~ masakannya. kelazatan keadaan lazat; keenakan; kenikmatan; kesedapan. pelazatan perbuatan atau hal melazatkan. pelazat bahan yg melazatkan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lazat
1. Bersinonim dengan enak: lazat, sedap, nikmat, berasa, berperisa,

2. Bersinonim dengan senang hati: puas hati, sedap hati, seronok,

Kata Terbitan : berlazat,


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
enak(bkn makanan, minuman dsb) sedap dan lazat rasanyaKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas