Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.gam] | لوݢم

Definisi : unsur kimia spt besi, emas, perak, tembaga, dll yg biasanya berkilau, mulur, membentuk ion positif, dan menjadi pengalir haba dan elektrik yg baik; ~ adi = ~ mulia Id logam yg sukar berpadu dgn oksigen (spt emas, perak, platinum); ~ alkali salah satu logam dlm kumpulan unsur kalium, natrium, litium, rubidium, sesium, dan fransium; ~ alkali bumi = ~ bumi beralkali salah satu logam dlm kumpulan unsur berilium, magnesium, kalsium, strontium, barium, dan radium; ~ campur Id logam yg terjadi drpd campuran beberapa logam (suasa dll); ~ mulia logam yg berharga (spt platinum, emas, perak); ~ putih sj logam campur (sebahagian besar terdiri drpd timah atau timah hitam); berlogam mengandungi (terdapat) logam: bahan ~; kawasan ~; perlogaman hal yg berkaitan dgn logam: industri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.gam] | لوݢم

Definisi : barang galian yg keras spt emas, perak. ~ campur logam yg terdiri drpd beberapa jenis logam yg disebatikan. ~ lembut logam yg lembut (rapuh), spt aluminium. ~ putih logam campur yg sebahagian besarnya terdiri drpd timah atau timah hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
logam (kata nama)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
elektrolisisproses yg menggunakan tenaga elektrik utk menyebabkan tindak balas kimia berlaku, mis utk menulenkan logam spt kuprum, dan utk menyadurkan sst logam dgn logam lainKamus Dewan Perdana
elektroskopalat utk mengesan cas elektrik, yg terdiri drp batang logam dan dua kepingan logam nipis drp emas yg akan terpisah apb terdapat cas elektrikKamus Dewan Perdana
mengelektrosadurmenyadur (sst bahan atau logam) dgn lapisan logam lain yg nipis dgn menggunakan kaedah elektrolisis utk melindunginya drp terkakis atau menjadikannya lebih menarikKamus Dewan Perdana
elektrometalurgicabang ilmu sains logam yg berkaitan dgn pemprosesan logam yg menggunakan kaedah elektrik dan elektrolisisKamus Dewan Perdana
emaslogam hasil bumi berwarna kekuningan, tidak berkarat, tahan kakis, dan mahal harganya, biasanya digunakan utk membuat barang kemas, jongkong dan duit syiling. Kata teknikalnya ialah aurumKamus Dewan Perdana
erbiumunsur logam berwarna putih keperakan yg lembut, boleh ditempa, dan digunakan dlm laser dan juga utk membuat aloiKamus Dewan Perdana
einsteiniumunsur logam radioaktif yg dihasilkan secara buatan melalui pembedilan plutonium, uranium atau kaliforniumKamus Dewan Perdana
europiumunsur logam berwarna putih keperakan yg lembut, mulur, cepat bertindak balas, dan digunakan dlm televisyen warna dan laserKamus Dewan Perdana
erhualat muzik tradisional Cina yg mempunyai dua tali logam yg dimainkan dgn cara sebelah tangan menggesek talinya manakala sebelah tangan lagi memetik talinya, dan dimainkan secara menegak di atas riba pemainKamus Dewan Perdana
eliksircecair yg dikatakan oleh ahli sains Zaman Pertengahan dapat mengubah logam menjadi emas, dan dapat memanjangkan usiaKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas