Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~ majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai; sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia; 2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan; bermasyarakat merupakan (hidup sbg satu) masyarakat, menggabungkan diri: tabiat manusia berkehendakkan hidup ~; memasyarakatkan memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dlm ma­syarakat, menjadikan tersebar (terkenal dsb) di kalangan masyarakat, meluaskan penge­tahuan tentangnya atau penggunaannya dsb di kalangan masyarakat: DBP terlibat lang-sung dlm usaha ~ bahasa melalui pener-bitan; usaha ~ filem belum boleh dianggap berjaya setakat ini; kemasyarakatan keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi; pemasyarakatan proses (usaha dsb) mema­syarakatkan: tentu saja ~ bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan dgn penerbitan kamus ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sekumpulan orang yg hidup bersama di sesuatu tempat dgn cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu: Beliau dihormati sbg pemimpin ~ di kampung saya. ~ siber masyarakat yg berpengetahuan ttg komputer dan teknologi maklumat. bermasyarakat 1 merupakan satu masyarakat. 2 bercampur dlm masyarakat; menggabungkan diri dgn masyarakat. memasyarakatkan memberitahukan, memperkenalkan, menyebarkan dll di kalangan (ahli) masyarakat: Usaha ~ bahasa Melayu dijalankan dgn giatnya. kemasyarakatan hal-hal mengenai masyarakat. pemasyarakatan perbuatan atau hal memasyarakatkan: ~ bahasa melalui bahan penerbitan spt buku dan majalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Seperti anjing kepala busuk.

Bermaksud :

Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing buruk kepala).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
etnosentrikcenderung menganggap bahawa masyarakat dan budaya sendiri lebih baik drp masyarakat dan budaya orang lainKamus Dewan Perdana
etnosentrismepandangan atau sikap yg menganggap bahawa masyarakat dan budaya sendiri lebih baik drp masyarakat dan budaya orang lainKamus Dewan Perdana
ekabudaya(bkn negara, masyarakat dsb) mempunyai atau mengamalkan satu budayaKamus Dewan Perdana
mengeropahkanmenjadikan (sesebuah negara, masyarakat dsb) diresapi nilai, cara hidup dan budaya EropahKamus Dewan Perdana
elitismekepercayaan kpd kepimpinan sesebuah masyarakat atau negara oleh sst kumpulan elitKamus Dewan Perdana
eselontingkat pangkat atau kedudukan dlm sst organisasi, masyarakat dsbKamus Dewan Perdana
etnograficabang antropologi yg mengkaji dan memerihalkan sst masyarakat dan budayanyaKamus Dewan Perdana
elitsso, kaum atau golongan yg dianggap istimewa dan disegani dlm masyarakat krn berdarjat tinggi, amat kaya, berbakat atau cerdikKamus Dewan Perdana
eksklusivismefahaman yg mempunyai kecenderungan utk memisahkan sso drp masyarakat, atau memisahkan sst kumpulan drp kumpulan yg lainKamus Dewan Perdana
etikettatacara berkelakuan yg betul mengikut adat resam, budaya, pekerjaan atau kelas dlm masyarakat apb berada dlm sst situasi spt majlis rasmi atau di meja makanKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas