Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (médan) 1. tanah lapang, padang (utk berlumba dll), gelanggang, alun-alun; 2. kawa­san yg terhad (utk sesuatu); 3. ki arena, kala­ngan, kawasan, lapangan, lingkungan; ~ ais (Geog) kawasan ais terapung yg luas, terutamanya di kawasan kutub; ~ elektrik (Fiz) kawasan bercas yg disebabkan pengaruh elektrik sesuatu jasad yg bercas; ~ graviti (Fiz) kawasan di sekitar jasad yg mengenakan daya tarikan graviti terhadap jasad lain; ~ (daya) magnet (Fiz) kawasan sekeliling magnet yg tenaganya masih boleh dikesan; ~ perang tempat ber­lakunya sesuatu peperangan; ~ politik lapang­an politik; ~ ramai orang ramai, khalayak ramai; ~ selera tempat terdapatnya banyak gerai yg menjual berbagai-bagai jenis makanan utk orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /médan/ 1 tanah lapang tempat mengadakan perlumbaan dll; padang; gelanggang: ~ perang kawasan tempat berperang. 2 lingkungan atau bidang sesuatu perkara: ~ politik lapangan politik; ~ orang pandai-pandai lingkungan pergaulan orang pandai-pandai. ~ elektrik ist kawasan yg mengandungi cas elektrik yg disebabkan pengaruh sesuatu jasad yg mempunyai cas elektrik. ~ graviti ist kawasan di sekitar sesuatu jasad yg sesuatu jasad lain mengalami daya tarikan graviti terhadap jasad tsb. ~ magnet kawasan di sekeliling magnet yg ada daya magnetnya atau ada tarikan magnetnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
medan (kata nama)
Bersinonim dengan kancah, gelanggang, arena, padang, tanah lapang, kawasan, lapangan, lingkungan, kalangan, alun-alun.,

Puisi
 

Buah betik dari Medan,
     Jual mari pasar Melaka;
Cantik bulan di kaki awan,
     Memancar-mancar mengeluar cahaya.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
elektromagnetismecabang ilmu fizik yg berkaitan dgn kemagnetan yg terhasil drp saling tindakan antara arus atau medan elektrik dgn medan magnetKamus Dewan Perdana
elektrostatikcabang ilmu fizik yg berkaitan dgn cas atau medan elektrik statik berbanding dgn elektrik arusKamus Dewan Perdana
elektrodialisisproses memisahkan elektrolit dlm larutan dgn menggunakan medan elektrik di antara dua membran separa telapKamus Dewan Perdana
elektroforesispergerakan zarah-zarah yg terampai dlm sst cecair dlm pengaruh medan elektrikKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas