Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lin.du.ngi] | مليندوڠي

Definisi : 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama­-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll), menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak disampaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lin.du.ngi] | مليندوڠي

Definisi : 1 menjadi tutup (sekat dsb) pd sesuatu supaya tidak kelihatan atau tidak terkena sesuatu: Sekaki payung sutera ~ tubuhnya drpd panas matahari. 2 memberikan naungan atau pertolongan kpd: Moga-moga Allah akan ~ kita drpd bencana lapar. 3 ki menutup sesuatu supaya tidak diketahui orang lain (ttg perasaan dll): Perangainya yg lemah lembut itu hanya utk ~ kejahatannya saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

164

Thatch your roof before rainy weather

Buat persediaan sebelum terlambat

Sediakan payung sebelum hujan

"Why do you have to bring an umbrella?" asked Dewi. "Thatch your roof before rainy weather," I replied. " But it's not going to rain today, and it's not the rainy season," said Dewi. "But we can use it as a weapon for out protection from wild dogs and suspicious man!" I reminded her.

''Kenapa awak bawa payung?” tanya Dewi. “ Sediakan payung sebelum hujan,” jawabku. “Tetapi hari ini tidak hujan, dan sekarang ini bukan musim tengkujuh,” kata Dewi. “Tetapi payung ini boleh kita gunakan sebagai senjata untuk melindungi kita daripada anjung liar dan orang yang mencurigakan!” aku mengingatkannya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
embek*bidai, tabir dll drp buluh, rotan dsb utk melindungi sst drp cahaya matahariKamus Dewan Perdana
ebektabir atau bidai drp anyaman buluh dsb pd jendela yg melindungi sst ruang drp panas matahariKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas