Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.jang] | ممنجڠ

Definisi : 1. menjadi panjang (lanjut): spring itu ~; tepuk tangan yg ~; 2. mengikut panjang, membujur: potong sekeping kain ikut tepi atau ~; 3. terletak dll mengikut panjang, tidak melintang: di ampaian di tepi beranda yg ~ bangunan itu bergantungan pakaian kerja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.jang] | ممنجڠ

Definisi : 1 menjadi panjang: Apabila kamu sudah dewasa, rambut dan kuku kamu akan terus tumbuh ~. 2 terletak mengikut panjang sesuatu; tidak melintang: Banjaran Gunung Titiwangsa ~ dr utara Perak-Kelantan sampai ke selatan Negeri Sembilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekorbahagian paling hujung pd ikan, cacing, ular dsb, atau bahagian yg bertulang dan menganjur keluar dr tulang punggung haiwan spt lembu dan kerbau, atau bahagian berbulu pelepah yg memanjang atau menegak pd burung, ayam dsbKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas