Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, menghunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati: permainan yg sungguh istimewa dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ri/] | مناريق

Definisi : 1 menghela sesuatu supaya bergerak ke arah diri sendiri (supaya keluar, tercabut dll): Kepala kereta api itu dpt ~ tiga puluh tan arang batu mendaki bukit dgn kederasan empat batu sejam. 2 = ~ hati memikat atau menawan hati: Tempat itu indah dan ~. 3 ki menyedut; menghisap. ~ beca mengayuh beca. ~ diri meletakkan jawatan; tidak mahu menerima sesuatu jawatan; berundur dr sesuatu kumpulan, perhubungan dll; mengundurkan diri. ~ layar menaikkan layar. ~ muka masam menunjukkan muka yg masam. ~ nafas menyedut udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarik
Kata Terbitan : menarik, tertarik, tarikan, penarikan, penarik,

Puisi
 

Sayang Cik Mat anak seorang,
     Pandai menarik kaki dulang;
Lautan besar saya harung,
     Ini pula kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menarik pangkur ke dada.

Bermaksud :

Insaf akan diri sendiri. pangkur = pacul.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
edigunakan utk menarik perhatian, memanggil, mengejek dsbKamus Dewan Perdana
elok(bkn rupa) menarik dan menyenangkan hati apb dipandangKamus Dewan Perdana
elegankemas, menarik, dan biasanya modenKamus Dewan Perdana
mengembutmenarik atau mengangkat (asap, tali kail dll) perlahan-lahanKamus Dewan Perdana
ehembunyi orang berdehem, biasanya utk menarik perhatian ssoKamus Dewan Perdana
enyeh(bercakap) dgn suara lemah lembut yg dibuat-buat utk menarik perhatianKamus Dewan Perdana
elektronegatif(bkn unsur) cenderung memperoleh atau menarik elektron utk menjadi ion negatif atau membentuk ikatan berkutubKamus Dewan Perdana
enjet(bkn sso) suka bergaya atau melentik-lentikkan badan ketika berjalan utk menarik perhatianKamus Dewan Perdana
eksotismegambaran objek atau kehidupan dr negara asing semata-mata utk menarik minat pembaca atau peminat sastera kpd keunikan atau keindahannya, tanpa mengambil kira sama ada gambaran itu betul-betul wujud atau sebaliknyaKamus Dewan Perdana
mengelektrosadurmenyadur (sst bahan atau logam) dgn lapisan logam lain yg nipis dgn menggunakan kaedah elektrolisis utk melindunginya drp terkakis atau menjadikannya lebih menarikKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas