Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngam.bil] | مڠمبيل

Definisi : 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Mengambil bungkalan kurang.

Bermaksud :

Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
mengenggetmengambil (buah-buahan, spt rambutan atau jambu) dgn menggunakan galah yg hujungnya mempunyai cangkuk atau pisauKamus Dewan Perdana
ekstraneicalon luar yg mengambil peperiksaan bagi sst tahap pendidikan yg sama dgn calon sesebuah sekolah menengah dsb tanpa mengikuti pelajaran di situ secara rasmiKamus Dewan Perdana
emak angkatperempuan yg mengambil serta memelihara anak orang lain spt anaknya sendiriKamus Dewan Perdana
mengendahkanmemberi perhatian atau mengambil endah thp (sst atau sso)Kamus Dewan Perdana
eksotismegambaran objek atau kehidupan dr negara asing semata-mata utk menarik minat pembaca atau peminat sastera kpd keunikan atau keindahannya, tanpa mengambil kira sama ada gambaran itu betul-betul wujud atau sebaliknyaKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas