Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ge.ra/.kan] | مڠݢرقکن

Definisi : 1. menjadikan atau mengakibatkan bergerak (bergoyang, berubah letak, beralih tempat, dsb); ~ kepala menggoyangkan kepala; 2. menjadikan aktif (dapat bergerak atau bertindak, hidup dan berfungsi, dsb), menjadikan mampu mencapai kejayaan atau perkembangan: tiap-tiap peristiwa yg ada itu, berperanan tegas utk ~ cerita; ia amat percaya bahawa seni mempunyai tugas penting utk ~ tenaga masyarakat; 3. membangunkan (drpd tidur); ~ enjin menjalankan enjin; ~ hati membangkitkan hati, membuat hati (orang) kurang senang; ~ minat menambah minat; ~ pasukan memindahkan (memajukan dll) pasukan; ~ rakyat menaikkan semangat rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ge.ra/.kan] | مڠݢرقکن

Definisi : 1 menjadikan bergerak (spt bergoyang dll): Apabila kita membaca, otot-otot di belakang mata ~ mata kita ke kiri dan ke kanan. 2 memindahkan ke tempat lain; mengalih: Siapakah yg ~ barang-barang itu dr tempatnya? 3 mengejutkan seseorang yg sedang tidur; membangunkan; membangkitkan: Dia selalu ~ adiknya utk pergi ke sekolah. 4 menjadikan atau mengusahakan supaya berjalan, berfungsi dll (ttg pertubuhan dsb). ~ enjin menghidupkan atau menjalankan enjin. ~ pasukan memindahkan pasukan ke tempat lain. ~ rakyat membangkitkan kemahuan rakyat utk berusaha; membangkitkan semangat rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggerakkan


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
mengengsotkanmenggerakkan (badan, punggung dll) sedikit demi sedikit tanpa mengangkatnyaKamus Dewan Perdana
elektron voltunit utk mengukur tenaga. Satu elektron volt bersamaan dgn tenaga yg diperlukan utk menggerakkan satu elektron melalui beza keupayaan satu volt. Satu elektron volt bersamaan 1.602 × 10⁻¹⁹ joule. Simbol: eVKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas