Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1 pergi bersama-sama; mengiring; mengekor di belakang: Kalau boleh, saya hendak ~ ayah ke Kuantan. 2 turut berbuat sesuatu; meniru: Apabila dia bertanam sayur di belakang rumahnya, banyak pula jiran yg ~nya. 3 menerima dan menurut sesuatu perintah dll; menerima dan mempercayai sesuatu ajaran dll; mematuhi; menganut: Kita hendaklah ~ nasihat orang tua-tua. Kebanyakan orang Islam di sini ~ mazhab Syafie. 4 berjalan dll dgn menggunakan jalan tertentu; melalui jalan tertentu: Mereka turun ke bandar ~ sungai. 5 menurut; berasaskan: Peta ini dilukis ~ skala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Basikal Jepun basikal joli,
     Dibawa di simpang tiga;
Hendak mengikut tidak berani,
     Takut ditinggal tengah jeraya.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai tekukur mengikut kata.

Bermaksud :

Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
mengekormengikut, biasanya di belakang sso atau sstKamus Dewan Perdana
etikettatacara berkelakuan yg betul mengikut adat resam, budaya, pekerjaan atau kelas dlm masyarakat apb berada dlm sst situasi spt majlis rasmi atau di meja makanKamus Dewan Perdana
beremosimengikut emosiKamus Dewan Perdana
mengekorimengikut (sso atau sst) dr belakangKamus Dewan Perdana
mengekor-ekormengikut sahaja berulang kali sst yg dilakukan oleh orang lainKamus Dewan Perdana
efikasikebolehan utk menghasilkan sst mengikut apa yg diingini atau dikehendakiKamus Dewan Perdana
emosional(bkn sso) cenderung memperlihatkan emosi atau bertindak mengikut perasaanKamus Dewan Perdana
mengerongmenggunting atau memotong (kain, kertas dsb) secara melengkung mengikut bentuk yg dikehendakiKamus Dewan Perdana
enklafsebahagian drp wilayah sesebuah negara yg dikelilingi seluruhnya oleh wilayah negara asing, mengikut perspektif orang yg di luar wilayah tsbKamus Dewan Perdana
enggangburung besar drp famili Bucerotidae yg berparuh besar dan berjambul atau bercula mengikut jenisnya, biasanya terdapat di kawasan pergunungan, bertelur di dlm lubang pokok dan memakan buah-buahan, serangga dan binatang-binatang kecil spt anak burung atau tikusKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas