Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.sin] | ميسين

Definisi : (mésin) alat atau perkakas yg meng­gunakan kuasa, spt elektrik dan enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat; ~ bicara = ~ nyanyi= ~ ngomong Id peti nyanyi; ~ cetak mesin utk mencetak (buku dll); ~ faks mesin utk menghantar dokumen melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb; ~ frangki alat utk mengecap tanda setem pd surat, bungkusan dsb yg menandakan bayaran pos telah dijelas­kan; ~ gerudi mesin utk mengorek lubang; ~ getah alat utk mengepingkan getah yg telah ditakung; ~ jahit mesin utk menjahit (pakaian dll); ~ jahit kaki mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; ~ juruwang automatik mesin atau alat yg membolehkan pengeluaran wang sim­panan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank); ~ kira = ~ hitung mesin utk menghitung; ~ kisaran padi mesin utk mengisar padi; ~ perakam waktu mesin yg merakamkan waktu seseorang pekerja masuk ke tempat kerja dan pulang selepas bertugas; ~ sinar-X mesin yg memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal (spt bahagian dlm tubuh, bagasi dsb); ~ slot mesin utk berjudi dgn memasukkan duit (syiling) ke dalamnya; ~ stensil alat yg digunakan utk mencetak salinan bertaip atau bertulis drpd stensil; ~ taip = ~ ketik Id = ~ tulis mesin utk menulis; ~ tayang wayang gambar alat utk mena­yangkan filem; ~ tempel Id mesin (enjin) motor sangkut; ~ terbang Id kapal terbang; bermesin dipotong dsb dgn menggunakan mesin: rumput yg sudah tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~; memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: waktu Agus pulang dr ~ getah, tidak ada kuih yg terhidang; pemesinan perihal memesin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.sin] | ميسين

Definisi : alat yg memberi tenaga atau daya dan memungkinkan kita menggerakkan atau melakukan sesuatu dgn mudah; jentera; pesawat. ~ cetak mesin utk mencetak buku dll. ~ gerudi mesin utk mengorek lubang. ~ getah alat utk mengeping getah yg telah dibekukan. ~ jahit mesin utk menjahit. ~ kira (hitung) mesin utk menghitung. ~ rencam a. mesin yg gunanya bermacam-macam. b. mesin yg rumit. ~ taip mesin utk menaip. memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: Emaknya sedang menolong bapanya ~ getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesin
Rujuk :jentera


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
enjinmesin yg terdiri drp bahagian yg bergerak, yg dapat menukarkan tenaga spt tenaga haba atau tenaga elektrik kpd daya atau gerakanKamus Dewan Perdana
pengemparmesin yg berputar ligat utk mengasingkan dua cecair yg berlainan ketumpatan atau pepejal drp cecairKamus Dewan Perdana
pengekstrakalat atau mesin utk mengekstrak sstKamus Dewan Perdana
mengengkolmenghidupkan (mesin, enjin kereta dll) dgn engkolKamus Dewan Perdana
engkolalat pemutar utk menghidupkan mesin, enjin kereta dllKamus Dewan Perdana
efisien(bkn orang, organisasi, mesin dll) dapat menjalankan tugas dgn baik, serta menggunakan waktu dan tenaga secara optimumKamus Dewan Perdana
elektroteknikcabang ilmu teknologi ttg penggunaan tenaga elektrik dlm jentera, mesin dsbKamus Dewan Perdana
elektrifikasipenggunaan elektrik atau penggantian dgn tenaga elektrik pd mesin, kereta api dsb, yg sebelumnya tidak menggunakan elektrikKamus Dewan Perdana
elektroteknologicabang ilmu teknologi ttg penggunaan tenaga elektrik dlm jentera, mesin dsbKamus Dewan Perdana
mengelektrifikasimenyalurkan atau menggunakan tenaga elektrik pd (mesin, kereta api dsb)Kamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas