ecer | (bkn air, minyak, susu dll) menitik di merata-rata tempat | Kamus Dewan Perdana |
etanal | cecair tidak berwarna dlm kumpulan aldehid yg mudah terbakar dan digunakan utk membuat asid asetik, minyak wangi dan ubat-ubatan. Etanal ialah kata teknikal bagi asetaldehid. Formula: C₂H₄O | Kamus Dewan Perdana |
ester | kumpulan sebatian organik yg terhasil drp tindak balas asid dgn alkohol, biasanya berbau harum dan digunakan dlm pembuatan minyak wangi, bahan perasa dan plastik. Formula am: C nH 2n+1 COO C mH 2m+1 dgn m dan n tidak bernilai sifar | Kamus Dewan Perdana |
empenai | pokok rendah yg berduri, berbunga kecil berwarna putih, berbuah bulat kecil berwarna hijau kekuningan apb masak dan mengandungi minyak pati yg boleh dijadikan ubat utk melegakan penyakit reumatisme. Pokok ini biasanya terdapat di pantai yg berbatu dan juga berpasir | Kamus Dewan Perdana |
etil asetat | cecair dlm kumpulan ester yg berbau manis spt buah, tidak berwarna, mudah meruap dan mudah terbakar, diperoleh drp pengesteran asid asetik dgn etanol, digunakan dlm minyak wangi dan bahan perasa, serta sbg pelarut. Formula: CH₃COOC₂H₅ | Kamus Dewan Perdana |