Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.den] | مودن

Definisi : dr masa sekarang, berkaitan dgn masa kini, yg terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir: bahasa ~; senjata ~; alat kelengkapan ~; memodenkan menjadikan moden, membuat supaya jadi moden, membarui: Mustafa Kamal telah mengadakan perubahan dan mencuba sungguh-sungguh ~ negerinya; kemodenan perihal moden (baru), sifat (ciri dsb) moden: baik kaunseling dlm bentuknya sekarang yg banyak diselubungi ~, mahupun pd zaman awalnya yg lebih merupakan bimbingan akhlak semata-mata; pemodenan perihal (kegiatan, usaha, dsb) memodenkan, perihal menjadi moden, pem­baruan: kerajaan Jepun berusaha dgn lebih bersungguh-sungguh utk mempercepat ~ negeri itu; penyempurnaan dan ~ bahasa dlm menghadapi cabaran semasa perlu ber-laku di negara-negara membangun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.den] | مودن

Definisi : 1 bkn dgn yg ada sekarang atau yg baru; lw kuno (klasik): sejarah ~; hisab ~. 2 baru dan kemas kini: peralatan ~. memodenkan menjadikan moden; membaharui: ~ cara berfikir. kemodenan keadaan atau hal moden. pemodenan perbuatan atau hal memodenkan; pembaharuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
moden (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan terkini, terkemas kini, terbaru, terakhir, semasa, mutakhir;,
Kata Terbitan : kemodenan, pemodenan,


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
elegankemas, menarik, dan biasanya modenKamus Dewan Perdana
eksistensialismefahaman atau falsafah moden yg menekankan pentingnya pengalaman manusia, dan bahawa setiap manusia bertanggungjawab thp tindak-tanduknyaKamus Dewan Perdana
e-niagapendekatan atau bentuk perniagaan yg berteraskan teknologi moden secara elektronik, yg menggunakan Internet sbg medium perantara dlm urusan perniagaan spt pemasaran dan pengiklanan produk atau perkhidmatan dsbKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas