Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.zik] | موزيک

Definisi : gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan menyenangkan, bunyi­bunyian; pemuzik ahli muzik, pemain alat muzik, atau pengubah muzik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.zik] | موزيک

Definisi : gubahan bunyi utk menghasilkan satu irama yg berharmoni; bunyi-bunyian yg bermelodi. pemuzik ahli muzik; pemain alat muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muzik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan bunyi-bunyian: irama, lagu, nada, senandung, tanji,

2. Dalam konteks alat
bersinonim dengan angklung, biola, bandai, bandil, batil, sabbana, gambong, senggung, singgung, giring, gong, kecerek, kenung, kerincing, kertuk, tetawak, togunggung, turiding, begut, engkerurai, kesuling, kungkurak, nabat, nafiri, serunai, turali, basui, engkerabab, engkerating, enserunai, gambus, kecapi, krem, lotong, pergam, rabung, rebab, sapeh, satung, beduk, dumbak, gedombak, gendang, geduk, jidur, ketabung, kompang, maruas, nengkara, rebana, akordion, bangsi, banjo, basun, begol, biola, dabal bes, dram, flut, genderang, gitar, gong, hap, harmonika, harmonium, kecapi, kerincing, klarinet, bornet, organ, piano, rekorder, saksefon, selo, seruling, serunai, simbal, sitar, spinet, suling, tabuh, tamburin, timpani, trombon, trompet, ukelele, viola, violin, zilofan,

Kata Terbitan : pemuzik,


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
eufoniumalat muzik drp kumpulan alat muzik bras, berbentuk bulat, berserombong besar dan mempunyai tiga hingga lima injap, mengeluarkan nada dasar bes dan dimainkan dlm pancaragamKamus Dewan Perdana
engkerumongalat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg idiofon, terdiri drp satu set gong, iaitu antara lima hingga lapan biji gong yg terletak mendatar dlm rak kayu. Alat muzik ini dipukul dgn sepasang pemukul kayu dan dimainkan oleh kaum Iban di Sarawak utk mengiringi tarian ngajatKamus Dewan Perdana
erhualat muzik tradisional Cina yg mempunyai dua tali logam yg dimainkan dgn cara sebelah tangan menggesek talinya manakala sebelah tangan lagi memetik talinya, dan dimainkan secara menegak di atas riba pemainKamus Dewan Perdana
enkeromongalat muzik tradisional yg terdiri drp lapan buah gong perunggu kecil yg disusun sebaris di dlm kotak kayu berbentuk segi empat panjang, dan dimainkan dgn cara memukul gong-gong tsb dgn sepasang pemukul kayuKamus Dewan Perdana
enkeratongalat muzik tradisional yg termasuk dlm jenis kordofon bertali empat atau lebihKamus Dewan Perdana
enkerababalat muzik tradisional yg termasuk dlm jenis kordofon bertali duaKamus Dewan Perdana
engkeruraialat muzik tradisional yg diklasifikasikan sbg aerofon, dibuat drp empat hingga enam batang buluh kecil yg tidak sama panjang, diikat dgn rotan dan dilekatkan hujungnya pd labu kering. Alat ini dimainkan oleh suku kaum Iban dan disebut keledi atau keluri oleh suku kaum Orang Ulu di SarawakKamus Dewan Perdana
elektrofonalat muzik yg bunyinya dihasilkan secara elektronik atau menggunakan tenaga elektrikKamus Dewan Perdana
euritmiksistem latihan muzik utk memahami ritma melalui gerak anggota badanKamus Dewan Perdana
ensembelkumpulan atau gabungan tetap bagi alat muzik, pemuzik instrumental, kumpulan vokal dan kumpulan sst persembahan kesenianKamus Dewan Perdana
12

Kembali ke atas