EU | European Union (Kesatuan Eropah). EU ialah pertubuhan yg dianggotai oleh negara-negara Eropah berkaitan dgn ekonomi dan politik, mis mewujudkan dasar ekonomi, perdagangan, pertanian dan kewangan yg sama supaya terbentuk satu rantau Eropah yg bersatu. Sebelum 1993, pertubuhan ini dikenali sbg EEC (Kesatuan Ekonomi Eropah) | Kamus Dewan Perdana |
Ethiopia | negara di timur Afrika yg berhampiran Laut Merah, meliputi Lembah Great Rift, gurun, dan penara tinggi yg mempunyai banyak sungai termasuk sungai Nil Biru. Negara ini merupakan negara Afrika yg paling lama merdeka, iaitu sejak abad ke-2 SM | Kamus Dewan Perdana |
emigrasi | perpindahan sso atau sekumpulan orang dr negara sendiri ke negara lain utk menetap di situ | Kamus Dewan Perdana |
Eritrea | negara yg bersempadan dgn Sudan di bahagian utara dan barat, Laut Merah di bahagian utara dan timur, manakala di selatannya terletak negara Ethiopia dan Djibouti, rupa buminya bergunung-ganang. Pantai Laut Merahnya merupakan kawasan yg paling panas dan kering di Afrika, sementara bahagian tengahnya pula mempunyai lembah yg subur utk pertanian. Negara ini merdeka drp Ethiopia pd tahun 1993 | Kamus Dewan Perdana |
mengeksport | menghantar (barang-barang atau perkhidmatan yg dihasilkan di dlm negara) ke luar negara utk tujuan perdagangan | Kamus Dewan Perdana |
beremigrasi | meninggalkan negara sendiri utk menetap di negara lain | Kamus Dewan Perdana |
eksport | barang-barang atau perkhidmatan yg dihasilkan di dlm negara dan dijual ke luar negara | Kamus Dewan Perdana |
enklaf | sebahagian drp wilayah sesebuah negara yg dikelilingi seluruhnya oleh wilayah negara asing, mengikut perspektif orang yg di luar wilayah tsb | Kamus Dewan Perdana |
Estonia | negara republik di timur Eropah, berhampiran Teluk Finland dan Laut Baltik, bertanah rendah dan mempunyai banyak paya, tasik dan hutan. Negara ini merdeka drp Soviet Union pd tahun 1991 | Kamus Dewan Perdana |
El Salvador | negara republik di Amerika Tengah, berhampiran pesisir Lautan Pasifik, yg pantainya bertanah rendah tetapi berpenara di bahagian tengahnya. Negara ini merdeka drp Sepanyol pd tahun 1841, dan menjadi republik pd tahun 1856 | Kamus Dewan Perdana |