[ok.si.gen] | اوکسيݢن
Definisi : oksigen (Kim) gas yg tidak berwarna dan tidak berbau yg merupakan kira-kira 21% drpd atmosfera yg membantu pembakaran dan diperlukan bagi pernafasan sebahagian besar benda hidup; beroksigen mengandungi oksigen; mengoksigenkan memberi oksigen; pengoksigenan perihal mengoksigenkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ok.si.gen] | اوکسيݢن
Definisi : gas yg tidak mempunyai rasa, bau atau warna dan membentuk kira-kira 21% drpd semua gas dlm udara (amat perlu utk semua kehidupan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)