Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pen.di.rian] | ڤنديرين

Definisi : 1. pegangan (bkn fahaman, pen­dapat, dll) utk menimbang atau menilai se­suatu: menjaga keselamatan hendaklah dijadikan ~ bukannya hanya kerana taat kpd peraturan; 2. perihal mendirikan sesuatu: ketika mengikir, tentukan ~ yg betul alat yg hendak dikikir itu; 3. pembinaan, pem­bangunan: ~ bangunan itu dibiayai oleh kerajaan negeri; 4. dasar (sikap, keputusan, dsb) yg dijadikan pegangan utk memandang atau menilai sesuatu hal: Malaysia tetap dgn ~nya ingin menjadikan rantau ASEAN ini kawasan aman, bebas, dan berkecuali; 5. ark bangunan, binaan; 6. ark lembaga, per­badanan, pertubuhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pen.di.rian] | ڤنديرين

Definisi : 1 pegangan (bkn fahaman, pendapat dll) utk menimbang atau menilai sesuatu hal: Kita mestilah mempunyai ~ hidup yg tegas. 2 perihal atau perbuatan mendirikan: ~ kelab itu dibiayai oleh ahli-ahlinya sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendirian

Peribahasa

Ditolak tak tumbang.

Bermaksud :

Pendirian yang teguh; orang yang banyak harta.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekstremisorang atau golongan yg mempunyai pendirian dan pendapat yg melampau dlm hal politik, agama dll, terutamanya mereka yg bertindak ganas atau menyalahi undang-undangKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas