Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nya.kit] | ڤڽاکيت

Definisi : 1. sesuatu yg menyebabkan badan menjadi sakit (atau yg mengganggu kesihatan): dia sudah sihat drpd ~ lelah; ~ berjangkit penyakit yg mudah berjangkit (spt kurap, malaria, dll); ~ kelamin penyakit berjangkit yg lazimnya tersebar melalui hubungan seks; ~ mental (Ubat) gangguan mental; ~ organik (Ubat) penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh; ~ tidur (Ubat) penyakit yg ditularkan kpd manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dgn demam yg berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pd bahagian tertentu tubuh; 2. ki sesuatu yg menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dll yg merebak (spt pelacuran, rasuah, dll), sesuatu yg me­nyusahkan: pengangguran menjadi ~ dlm negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yg tidak baik yg berlaku dlm masyarakat, mis penagihan dadah dan tabiat melepak; 3. ki, Id bangsat, sial (makian); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nya.kit] | ڤڽاکيت

Definisi : sesuatu yg menyebabkan badan atau bahagian badan menjadi sakit: ~ malaria sudah berkurang sekarang ini. ~ berjangkit penyakit (spt kurap) yg mudah berjangkit. ~ masyarakat (sosial) sesuatu amalan atau per­lakuan yg menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, spt masa­lah penagihan dadah dan rasuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,

Puisi
 

Serai ini bukan serai kayu,
     Serai bernama penyakit kulit;
Cerai ini bukan cerai lalu,
     Cerai bernama berulang-alik.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Tua-tua penyakit,
     muda ubat;
sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Bermaksud :

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
Ebolapenyakit bawaan virus drp famili Filoviridae yg berpunca drp haiwan keluarga monyet, yg menjangkiti manusia melalui bendalir atau organ tubuh yg tercemar, ditandai oleh demam panas serta perdarahan dalaman yg teruk sehingga boleh menyebabkan kematian. Nama penyakit ini diambil sempena nama sungai di Zaire yg pertama kali dikesan kes tsb pd tahun 1976Kamus Dewan Perdana
esekpenyakit yg ditandai dgn keadaan kulit yg kering dan bersisikKamus Dewan Perdana
epilepsipenyakit saraf yg menyebabkan sso tiba-tiba tidak sedarkan diri, terjatuh, bergerak-gerak secara tidak terkawal selama beberapa minit, dan kemudiannya menjadi lemah lalu tertidur. Epilepsi ialah kata teknikal bagi sawan babiKamus Dewan Perdana
epidemikpenyakit yg menular dan merebak dgn cepat menjangkiti ramai orang di sst kawasan pd satu-satu masa, mis malariaKamus Dewan Perdana
erisipelaspenyakit kulit yg berjangkit disebabkan oleh jangkitan bakteria, yg menyebabkan kemerahan dan bengkak di kawasan terlibat dan disertai demamKamus Dewan Perdana
ergoterapiperawatan penyakit dgn menggunakan usaha atau tenaga fizikal dan rekreasiKamus Dewan Perdana
elefantiasispenyakit teruk yg dicirikan dgn pembesaran anggota tubuh, biasanya kaki, akibat jangkitan cacing filaria yg menyumbat saluran limfaKamus Dewan Perdana
epileptikberkaitan dgn atau menderitai penyakit epilepsiKamus Dewan Perdana
elektroterapikaedah merawat penyakit dgn mengalirkan tenaga elektrik melalui tisu tubuh utk merangsang saraf dan otot, digunakan terutamanya utk pesakit yg lumpuhKamus Dewan Perdana
enteroviruskumpulan virus yg menyebabkan penyakit pd saluran usus atau perutKamus Dewan Perdana
123

Kembali ke atas