| es | air yg dibekukan dan menjadi pepejal pd suhu 0°C | Kamus Dewan Perdana |
| endosulfan | sebatian organik berbentuk pepejal berwarna perang, sangat beracun, melebur antara -10°C hingga 100°C, digunakan sbg racun serangga pd tanaman dan utk mengawal anai-anai. Sifat beracun bahan ini boleh mengancam manusia dan persekitaran. Formula: C₉H₆Cl₆O₃S | Kamus Dewan Perdana |
| elusi | proses mengekstrak bahan, biasanya pepejal, drp campuran bahan dgn menggunakan cecair atau pelarut | Kamus Dewan Perdana |
| elektromendapan | proses memendapkan lapisan pepejal pd elektrod dlm elektrolisis | Kamus Dewan Perdana |
| emparan | kaedah yg digunakan utk mengasingkan dua cecair yg berlainan ketumpatan atau pepejal drp cecair secara putaran mendatar yg laju | Kamus Dewan Perdana |
| pengemparan | pengasingan dua cecair yg berlainan ketumpatan atau pepejal drp cecair secara putaran mendatar yg laju | Kamus Dewan Perdana |
| mengemparkan | mengasingkan dua cecair yg berlainan ketumpatan atau pepejal drp cecair dlm (darah, urin dsb) secara putaran mendatar yg laju | Kamus Dewan Perdana |
| pengempar | mesin yg berputar ligat utk mengasingkan dua cecair yg berlainan ketumpatan atau pepejal drp cecair | Kamus Dewan Perdana |