mengendon | pergi dan tinggal di sst tempat buat sementara atas urusan tertentu, mis rombongan pasukan pemain bola yg berlawan di tempat lain | Kamus Dewan Perdana |
emigran | orang yg meninggalkan negaranya dan pergi ke negara lain utk menetap di situ | Kamus Dewan Perdana |
bererot | berjalan beriring-iringan dan berbaris-baris dlm kumpulan yg ramai, mis orang yg pergi kenduri, pasar malam dan keramaian, atau kumpulan itik yg balik ke reban | Kamus Dewan Perdana |
epok | bekas berbentuk karung kecil setinggi sejengkal lebih, dibuat drp anyaman daun mengkuang dsb, berambu di bucu bawahnya dan bertali satu, utk dimuati beberapa cembul berisi sirih pinang. Bekas ini biasanya dibawa semasa pergi menjemput keluarga terdekat utk menghadiri majlis tertentu | Kamus Dewan Perdana |