Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.fé.sor] | ڤروفيسور

Definisi : (profésor) tenaga akademik yg paling tinggi taraf jawatannya, biasanya mengetuai sesebuah jabatan pengajian di universiti atau pusat pengajian tinggi, mahaguru; ~ adjung gelaran kehormat kpd profesional, tokoh korporat dsb yg mempunyai kepakar­an dan berpengalaman luas dlm sesuatu bidang, yg dilantik sbg tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi; ~ diraja gelaran tertinggi yg dianugerahkan kpd seseorang profesor oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong; ~ emeritus gelaran kpd profesor yg telah bersara sbg suatu penghormatan; ~ madya pensyarah yg tarafnya di bawah profesor di universiti; ~ pelawat profesor yg diundang mengajar dsb di universiti lain (biasanya di luar negara) utk suatu tempoh masa tertentu; penolong ~ pensyarah yg tarafnya setingkat di bawah profesor madya di universiti; keprofesoran ciri (sifat, kewibawaan dsb) sbg profesor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.fé.sor] | ڤروفيسور

Definisi : /profésor/ pengajar yg tertinggi taraf jawatannya di universiti; mahaguru. ~ emeritus gelaran sbg penghormatan kpd profesor yg telah bersara. ~ madya pensyarah di universiti yg tarafnya di bawah profesor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata profesor


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
emeritusgelaran yg dianugerahkan oleh universiti kpd profesor yg telah bersara yg terkenal krn ketokohannya. Gelaran emeritus itu membolehkan sso menggunakan gelaran profesor sehingga akhir hayatKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas