Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dang] | رادڠ

Definisi : 1. panas badan, gerah, meriang, palak; naik ~ marah sungguh, panas hati, geram; 2. (Ubat) keadaan sesuatu bahagian badan atau organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat jangkitan atau kecederaan: ~ paru-paru; ~ lidah penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan vitamin B2); ~ paru-paru sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia; ~ tenggorok bengkak pd tenggorok, bronkitis; sakit ~ penyakit yg disebabkan oleh bengkak; meradang 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh, panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa Inggeris; meradangkan marah kpd, panas hati kpd: apa yg kauradangkan? keradangan 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat me­le­paskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan) radang: jangkitan kuman pd salur-an pernafasan mengakibatkan ~ dan ke-bengkakan di saluran telinga tengah; kemeradangan perihal meradang; peradangan berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang (bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati; peradang orang yg lekas panas hati (lekas marah): dia memang ~ benar orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dang] | رادڠ

Definisi : 1 panas badan spt ketika akan demam: naik ~ marah sekali; panas hati. 2 bengkak yg agak merah dan terasa sakit kerana dijangkiti kuman: ~ lidah (penyakit) bengkak pd lidah. ~ paru-paru (penyakit) bengkak pd paru-paru. meradang 1 berasa panas badan: Badannya ~. 2 naik radang; panas hati: Mereka ~ kerana menerima layanan yg buruk. Dia ~ kpd anaknya yg sering mencuri duit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
radang (adjektif)
1. Bersinonim dengan panas badan: gerah, meriang, palak,

2. Dalam konteks ransangan
bersinonim dengan kemerah-merahan, bengkak, sakit,

Kata Terbitan : meradang, meradangkan, kemeradangan, peradang,


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ekzemaradang pd kulit yg ditandai oleh ciri yg berbeza, mis bintil-bintil yg berair, kulit bersisik atau berkeruping, dan rasa gatalKamus Dewan Perdana
enteritisradang pd usus, terutamanya usus kecil yg dicirikan oleh cirit-biritKamus Dewan Perdana
ensefalitisradang pd otak yg disebabkan oleh agen jangkitan spt bakteria, virus atau parasit, ataupun yg disebabkan oleh kecederaanKamus Dewan Perdana
endokarditisradang pd endokardiumKamus Dewan Perdana
endomiokarditisradang pd membran nipis dan licin yg melapisi kebuk jantung dan lapisan tengah yg paling tebal pd dinding jantungKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas