Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.dio] | راديو

Definisi : 1. pemancaran (penghantaran, pengirim­an, siaran) bunyi dll menerusi udara: baginda akan berucap kpd rakyat melalui ~; 2. = pemancar ~ tempat memancarkan bunyi dll menerusi udara, tetuang udara: warta berita dr ~ Malaysia; Jepun dgn perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu teng­gelam; 3. = pesawat ~ = peti ~ alat perka­kas utk menerima (menangkap) siaran menerusi udara: dr ~nya terdengar lagu-lagu instru­men­tal yg lembut; kereta ~ kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ transistor radio kecil yg mudah dibawa ke mana-mana; meradiokan menghebahkan (mengumum­kan, menyiarkan) melalui radio. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.dio] | راديو

Definisi : 1 siaran bunyi dll menerusi udara: Sambil duduk-duduk minum kopi, beliau mendengar ~. 2 = pemancar ~ pesawat yg digunakan utk memancarkan bunyi melalui udara: Kami mendengar berita itu dr ~ Republik Indonesia, Jakarta. 3 = peti (pesawat) ~ alat utk menerima bunyi yg dipancarkan melalui udara: ~nya rosak. ~ transistor radio yg menggunakan transistor atau yg dilengkapi transistor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
elektronik(bkn alat spt radio, televisyen dan komputer) berkaitan dgn atau dikendalikan dgn komponen spt mikrocip dan transistor yg mengawal arus elektrikKamus Dewan Perdana
episodsatu bahagian drp sesebuah karya sastera, drama televisyen atau radio, yg muncul dlm beberapa bahagian selama satu-satu tempohKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas