Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.rang] | سبارڠ

Definisi : biasa saja, tidak istimewa, asal sahaja; bukan ~ a) bukan yg biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dll); c) bukan apa-apa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebarang

Puisi
 

Bukan lada sebarang lada,
     Lada burung dari seberang;
Bukan janda sebarang janda,
     Janda baru beranak seorang.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Kerja sebarang hebat,
     kasih sebarang tempat.

Bermaksud :

Bekerja dengan tidak menurut peraturan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
enterotomisebarang pembedahan pd ususKamus Dewan Perdana
etanolaminasebarang sebatian organik berbentuk cecair likat, tidak berwarna, berbau spt ammonia, dan larut campur dlm air, aseton dan metanol, biasanya digunakan sbg pelarut, utk membuat detergen, cat emulsi dan penggilap. Formula: NH₂(CH₂)₂OHKamus Dewan Perdana
enteng(bkn kerja, hal dsb) mudah dilakukan, diselesaikan dsb tanpa menghadapi sebarang masalahKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas