ester | kumpulan sebatian organik yg terhasil drp tindak balas asid dgn alkohol, biasanya berbau harum dan digunakan dlm pembuatan minyak wangi, bahan perasa dan plastik. Formula am: C nH 2n+1 COO C mH 2m+1 dgn m dan n tidak bernilai sifar | Kamus Dewan Perdana |
endosulfan | sebatian organik berbentuk pepejal berwarna perang, sangat beracun, melebur antara -10°C hingga 100°C, digunakan sbg racun serangga pd tanaman dan utk mengawal anai-anai. Sifat beracun bahan ini boleh mengancam manusia dan persekitaran. Formula: C₉H₆Cl₆O₃S | Kamus Dewan Perdana |
elektrolit | sebatian yg dapat mengalirkan arus elektrik apb dlm keadaan lebur, atau apb larut dlm air, mis larutan akueus atau leburan natrium klorida | Kamus Dewan Perdana |
etanolamina | sebarang sebatian organik berbentuk cecair likat, tidak berwarna, berbau spt ammonia, dan larut campur dlm air, aseton dan metanol, biasanya digunakan sbg pelarut, utk membuat detergen, cat emulsi dan penggilap. Formula: NH₂(CH₂)₂OH | Kamus Dewan Perdana |