Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.be.lah] | سبله

Definisi : pelbagai jenis ikan laut, sisa nabi, Arnoglossus spp., Pardachirus spp., Samaris spp., Solea spp., dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut, a) Pseudorhombus arsius; b) Pseudorhombus javanicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang, dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.be.lah] | سبله

Definisi : 1 sebahagian atau salah satu benda yg berpasangan; setengah; separuh: Beri aku buah limau itu ~. 2 arah yg menunjukkan tempat; jurusan; bahagian: Taman Negara terletak di ~ utara negeri Pahang. 3 tempat yg hampir dgn; dekat; samping: Dia duduk di ~ saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebelah

Puisi
 

Sebelah tangan jari lima,
     Dua tangan jari sepuluh;
Niat hati tanam delima,
     Sampai masa peria tumbuh.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Bagai perahu karam sebelah.

Bermaksud :

Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
erhualat muzik tradisional Cina yg mempunyai dua tali logam yg dimainkan dgn cara sebelah tangan menggesek talinya manakala sebelah tangan lagi memetik talinya, dan dimainkan secara menegak di atas riba pemainKamus Dewan Perdana
eksponennombor atau huruf yg ditulis di sebelah kanan atas sst nombor atau huruf utk menunjukkan berapa kali nombor atau huruf tsb didarabkan dgn nombor atau huruf itu sendiri, mis bagi x³, 3 ialah eksponen bagi xKamus Dewan Perdana
ex parte(bkn pengadilan, pengesahan, testimoni dsb yg berkaitan dgn undang-undang) bagi pihak atau kepentingan sebelah pihak sahajaKamus Dewan Perdana
Emiriah Arab Bersatunegara kesatuan tujuh negeri bersyeikh di Asia Barat, berhampiran Teluk Parsi, yg terdiri drp Abu Dhabi, Dubai, Sharjah, Ajman, Umm al-Qaiwan, Ras al-Khaimah, dan Fujairah, yg sebahagian besar tanahnya merupakan dataran gurun, dan gunung-ganang di sebelah timurnya. Negara ini merdeka drp British pd tahun 1971Kamus Dewan Perdana

Kembali ke atas